Selamat Datang


Nama Abdul Hadi bin Abdul Mazlan mungkin tidak dikenali oleh anda. Namun apabila disebut Hadi Idola Kecil 3 dengan tagline “TEMBAM-TEMBAM PUN COMEL”, pasti ramai yang mengingati anak kecil yang mudah tersenyum dan peramah ini. Hadi hanyalah kanak-kanak biasa yang tidak pernah mendapat sebarang pendedahan di dunia muzik atau pun menyertai mana-mana pertandingan nyanyian sebelum IK3.

Tiada siapapun menyangka bahawa sekali sahaja mencuba ujibakat di Idola Kecil 3, dia telah Berjaya memikat hati juri dan seterusnya penonton TV dan YouTube. Kini Hadi melangkah setapak ke hadapan di dalam bidang seni suara apabila dia selesai merakam mini album dengan 4 buah lagu pelbagai rentak. Miliki mini album hadi untuk menghayati suara Hadi yang unik ini. Segala yang anda perlu tahu ada di dalam blog ini. Selamat membaca info-info terkini tentang Hadi IK3.

Untuk sebarang bantuan, sila hubungi :
Toll Free No : 1-800-888-696 (Dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang)

Thursday 4 August 2011

Pelancaran Single "Hangatnya Raya Dihatiku" (Dj-dj popular Hot FM bersama IK3 & Upin-Ipin)



Sempena menyambut hari lebaran yang akan tiba tidak lama lagi Media Prima Berhad telah menjayakan satu kolabrasi diantara TV9 dan Hot FM dengan menampilkan satu 'single' yang ceria bertajuk Hangatnya Raya Di Hatiku".  Dua buah lagu raya dimuatkan di dalam single ini dengan menggabungkan bakat cilik IK3 iaitu Harris, Hadi, Puteri & Angle berserta deejay-deejay popular Hot FM seperti Farra Fauzana, Faizal Ismail, Usop Wilcha, Wak AG, Keeran dan lain-lain lagi.  Tidak dilupakan watak animasi paling popular Malaysia iaitu Upin-Ipin turut menyumbangkan suara di dalam album Raya ini.

Untuk para peminat disertakan gambar-gambar yang diambil ketika photo-shooting di Studio Dragonfly, Sunway Petaling Jaya dan ketika Majlis Pelancaran & Berbuka Puasa di Restoran Songket Kuala Lumpur.